Sejarah Pecah panggung

Fenomena ini mula digambarkan dalam media Amerika Syarikat pada awal 1940-an[1] dengan istilah blockbuster, perkataan tersebut pada awalnya merujuk kepada suatu bom direka khas pada Perang Dunia Kedua berkemampuan memusnahkan (bust) suatu kawasan jalanan atau bangunan (block).[2] Kemusnahan yang diketahui dalam kempen-kempen perang Pihak Berikat menjadikan bom ini disinonimkan dengan perkara yang mengejutkan.[3] Istilah ini pertama kali digunakan dalam iklan-iklan majalah hiburan untuk filem perang RKO berjudul Bombardier yang tayang Mei 1943, filem Mission to Moscow. turut digambarkan sebegini pada waktu sama oleh majalah Time.[3]